Saturday, September 3, 2011

Raya saya? HAHA!

assalamualaikum ya habibi ya maulana!

muka budak-budak yang dh berjanggut tunggu bas tak sampai-sampai!
Sebelum terlambat,maafkan aku jika ada tersalah kata,tersalah tulis menyinggung hati banyak pihak. Aku pun manusia biasa yang tak mampu untuk elak dari semua tu..Aku pun maafkan sesiapa yang dah tergores atau terhancurkan hati aku ni.. *ayat skema gila macam dalam kelas! tapi yang penting aku ikhlas.

errmmm,Aku start dari balik kampung hari khamis yang lepas (ponteng sekolah lah aku and sedara mara aku sbb nak balik kampung punya pasal) . Kiteorang dua keluarga kali ni naik Kereta api pulak sebab dh jemu al bosan naik kereta . Memang travel habis lah dengan bagasi macam nak pindah terus.hehe.. Masalahnya yang bawak bag tu aku and adik lelaki yang gagah perkasa tu.haha! Dengan gaya yang tak boleh blah aku tarik beg roda entah bape kilo tu jalan macam MODEL OF THE YEAR sambil menjeling tajam mamat-mamat yang dok sibuk tengok2..*hattuih!perasan dey lorh!  Then masuklah dalam kereta api..jeng.jeng,jeng...

Apalagi ambik camera and snap-snap lah gambar syok sendiri yang bermodalkan muka seposen ..hehe..ni dia!

ni lah muka aku masa tuh..hee


dalam tren tuh bapaklah sejuk gile.. kesian aku tengok mak cik yang naik tuh sampai berselimut mcm demam panas je.. Aku naib baik stand by sweater apa kejadah tuh.. selamatlah sikit..
k lah nanty sambung lagi..TATA!!

No comments: