Friday, December 16, 2011

Kerana tudung ;D

HAI,hari ni aku nak kongsi satu cerita tentang tudung,cerita betul bukan copy paste dekat mana-mana.baca and fahamilah.

Seorang gadis yang dipanggil "N" adalah seorang gadis yang ceria dan hidup dalam kemewahan dan dia kurang memahami agamanya sendiri. Hidupnya terlalu modern,kerana dari kecil dia bersekolah di sekolah swasta dan bergaul dengan kaum-kaum bukan melayu. 

Satu hari bapanya menegur N kerana tentang cara pemakaiannya yang sangatlah mendedahkan. 

"N cuba pakai tudung macam budak-budak lain,solatlah.."
"eh,ayah ingat N ni macam dorang ke? nak tunjuk alim bagai,tudung tu tak modern! rimaslah!"
"Tapi pakailah"
"Dahlah ayah,kalau balik nak tegur macam-macam ayah keluarlah,ayah memang suka mengampu anak orang lain,anak sendiri semua salah,semua tak kena!!" N menjerit dengan sepenuh hati. 
Ayahnya terdiam,dan terus pergi. 

Kemudian ibunya pula bertanyakan tentang hal yang sama dan jawapannya..
"Mak,kakak ni bukan macam anak org lainlah! Dorang nak pakai tudung baju labuh biarlah! Hidup dorang!" N menjerit lagi.geram dengan soalan bodoh yang diajukan kedua orang tuanya . 

Setahun kemudian,beberapa hari sebelum hari jadinya yang ke 16..

N termenung sendirian,dia melihat cara berpakaiannya ,semua serba tidak kena ada yang kurang. Dia membuka almarinya,sehelai selendang dan telekung tergantung kemas tak diusik,hatinya tersentuh. Laungan azan berkumandang ,dengan tiba-tiba dia menangis. Dia hairan kenapa terlalu sedih melihat dua benda itu,sedangkan hanyalah kain yang tak ada nilai . Lama dia termenung,sehinggalah satu hari dia nekad untuk berubah iaitu pada hari lahirnya yang ke 16 . Semua kawannya mengajak N kelur menyambut hari lahirnya dan dia nekad untuk pergi dengan bertudung. Bukan kerana menunjuk kealimannya,bukan dia tidak moden tapi Allah SWT telah mengetuk pintu hatinya untuk kembali ke jalan yang sebenarnya . 

Walaupun ramai yang masih kurang menerima perubahannya,namun dia tidak peduli kerana dengan tudung dia berasa aman,dengan tudung dia berasa selamat dan tenang dan perasaan itu bukanlah yang dibuat-buat tapi satu hidayah yang dianugerahkan kepada N .kini N sedang menjalani hidupnya seperti biasa dengn bertudung dan dia mengakui segala dosanya..

hope,cerita ni dapat bagi korraaannnng semua pengajaran.
Pakai Tudung takl semestinya tak modern :D 

tata,salam sayang!

No comments: